Wednesday 8 January 2014

TOF 2013 2.0



Paradise guaranteed.

Salam alaik,

Syurga. Sebut je syurga apa yang anda semua bayangkan? Kalau saya, saya nampak warna biru. Mungkin sebab biru sinonim dengan ketenangan kot, sebab tu nampak warna biru. Haha.

Bismillah.

Satu perkongsian yang sangat dalam, sebab ia membicarakan tentang pengakhiran kita di alam sana. Satu alam di mana kita sebagai muslim yang mempunyai keimanan mahupun keyakinan, kita terikat dengan akhirat. Apa apa yang kita buat di dunia ini, hasilnya kita akan tuai di akhirat sana.

Diceritakan bahawa pada saat sakaratul maut kita, Allah akan tunjuk tempat kita di sana, syurga atau neraka. Cuak tak cuak, kita semak lah balik kan amal kita. Allahu. Moga kita semua berakhir dengan pengakhiran yang baik. Amiin.

Di sini ada 7 tips yang dikongsikan oleh syeikh presenter. InsyaAllah, selagi kita ada usaha, Dia permudahkan. 

1. Beriman kepada Allah dan Rasul
2. Zikir
3. Ikhlas dalam setiap perkara
4. Jaga lidah/maruah
5. Taat kepada suami
6. Buat umrah dalam bulan haji
7. Gembirakan Muslim yang lain

Beriman kepada Allah dan Rasul
 Selagi kita berpegang teguh dengan ajaran Islam, taat kepada Allah dan Rasul, insyaAllah kita dapat syurgaNya. Siapa lagi yang nak bagi kita masuk syurga, kalau bukan Allah? Syafaat siapa lagi yang kita nak tagih saat satu kaki dah melangkah ke neraka kalau bukan syafaat Rasulullah?

Zikir
Point yang diberikan oleh presenter ialah ‘always remember Allah’, tapi mudahnya saya terjemahkan kepada zikir. Allah berfirman, ingatlah Aku di saat senang, Aku akan ingat kamu di saat susahmu. Jangan  hanya apabila terhimpit dengan bebanan, barulah  kita kenal  Allah. Bila kita senang, kaya raya dengan harta yang melimpah, mewah dengan gelak tawa kawan-kawan, kita tak kenal pun Allah. Jangan kata nak solat, orang-orang miskin pun kita perlekehkan. Astaghfirullah.

Ikhlas dalam setiap perkara
Ikhlas. Seperti semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam. Tak nampak kan? Apa maknanya kita ikhlas? Kita buat sesuatu perkara tu tanpa mengharapkan balasan kerana orang yang ikhlas tu, tak mengharapkan balasan daripada sesiapa pun selain daripada Allah. Ikhlas itu letak pada hati, dan hati juga lah yang akan rasa ikhlas tu kembali. Mohon faham sendiri.

Jaga lidah dan maruah.
Lidah merujuk kepada percakapan, perkataan, mahupun bahasa yang kita gunakan. Sedang maruah itu merujuk kepada sifat malunya kita. 

macam mana kita nak jaga lidah? Senang je, diam. Haha. Ok contoh, macam mana kita nak jauhkan diri kita daripada sifat mengumpat? Jangan duduk dengan si pengumpat. Kalau agak-agak kawan kita bukak topic nak mengata orang, mintak diri beredar daripada kelompok tu. Satu lagi, sedarlah diri sikit. Nak mengata orang, kita takde aib ke? O.O.

Ok, macam mana nak jaga lidah supaya tak mencarut? Cuba sehari dua duduk dengan orang baik giler, setiap perkataan keluar dari mulut dia puji-pujian kepada Allah semata. Mesti kita malu segan kan kalau kita duk mencarut depan dia. nak lagi berkesan, duduklah selama lamanya. Jadikan mereka yang baik-baik perkataannya itu sahabat kita. insyaAllah.

Gembirakan Muslim yang lain
‘There’s no reward for the one who make Muslim happy except Jannah’

wallahu'alam. sehingga menulis lagi 

No comments:

Post a Comment