Monday 3 December 2018

.

untuk apa merencana jika tidak mahu melaksana?

Monday 9 January 2017

Be sincere

Be sincere in your aim, and you will find support of Allah surrounding you.

Begitulah ibn al-Qayyim menukilkan.

Fuh, macam mana nak tahu kita sincere ke tak ya dengan tujuan kita buat sesuatu benda tu?

Kena tengok balik lah kepada niat kita.

Moga Allah memandu kepada yang sebaiknya.

Moga naie tidak berbuat apa yang menjemput murkaNya.

Doakan naie, berjaya ^^


Sunday 15 March 2015

Seminar merancang kewangan


Bismillah

Moga sentiasa dalam kesihatan iman, emosi dan tubuh badan.

Alhamdulillah. Pertama sekali nak panjatkan rasa syukur pada Allah sebab dalam masa dua tiga hari ni, kerap benar Allah hantar peringatan. Tarbiyah lebih tepat mungkin. Terasa sangat dengan apa yang Allah hantarkan tu.

Sebenarnya tadi baru je join satu seminar. Seminar merancang kewangan. Tak pernah terfikir pun nak hadir ke seminar-seminar semacam ni, ni pun abang yang sponsor yuran. Kebetulan pulak harini ada program dengan adik-adik, tapi entah macam mana, Allah izinkan untuk ke seminar tu jugak. (Mungkin sebab Allah lebih tahu saya memang patut dengar apa isi seminar tu). Well, Alhamdulillah dapat la sedikit sebanyak tips pasal kewangan.

So, sebelum terlupa nak jugak berkongsi serba sedikit.

Perkara pertama yang ditanya ialah bagaimana kita menilai rezeki kita? Adakah kita hanya menyempitkan rezeki kita kepada harta semata-mata. Tentulah tidak bukan? Rezeki tu banyak lagi cabangnya. Kesihatan yang baik, masa yang bermanfaat, jodoh yang soleh, anak-anak penyejuk mata, sahabat yang sentiasa mengingatkan, keberkatan ilmu, semua itu rezeki bukan? Kadang-kadang kita salah sebab kita hanya menyempitkan rezeki kepada wang semata-mata. Sebab tu bila xde duit sikit kita dah mula susah hati. Nauzubillah.

Ok, apa matlamat kewangan kita?

Setiap orang mesti ada kan? Ni saya kongsikan apa yang saya dapat. Matlamat kewangan tu boleh jadi
        1.       Selesaikan hutang
        2.       Rancang persaraan
        3.       Rancang pelaburan
        4.       Kumpul duit untuk kahwin
        5.       Tunaikan haji

Sebelum kita nak capai matlamat kita, perlu kita sedar di mana kita berada sekarang. Sebab tu perlunya ada cashflow dan juga network. Bahasa mudah cashflow tu bajet harian, network tu pulak penyata nilai bersih. Yang ni tak nak huraikan panjang sangat sebab bukan bidang. Mungkin boleh rujuk orang yang lebih pakar.

Wang tidak boleh beli bahagia
Bahagia itu subjektif. Setuju? Terpulang, setiap orang ada pendirian masing-masing. Tetapi perlu diingat bahawa kita boleh menggunakan wang itu untuk mencapai bahagia. Kena la kreatif sikit. Tak da duit, baju calaqisya pun tak dapat. 

Harta tak boleh masuk kubur pun
Sape kata harta tak boleh masuk kubur? Secara realitinya memang la tak kan. Kita semua tahu bukan bilamana matinya seorang anak adam itu, semua amalnya akan terputus kecuali tiga perkara. Satu, sedekah jariah, kedua ilmu yang bermanfaat dan yang ketiga doa anak yang soleh. Tak salah rasanya dari sekarang kita didik diri kita untuk bersedekah. Sedekah lepas dah, zakat jangan pulak kita abaikan.

Ok, rasa macam panjang pulak entry ni. final lah, saya share tips menyimpan ye.

     1.       Buat auto debit. Memang auto duit masuk dalam saving account la tiap kali dapat gaji
     2.       Transfer duit ke bank lain yang jauh dari tempat kita, yang tak ada kad atm. Perlu, sebab kalau    ada kad, senang sangat duit nak keluar. Haha
     3.       Simpan dan lupa. Lama-lama beranak la dia. tapi simpan dalam bank tau, baru ada compounding katanya.

Oh, tak cakap pulak kan. Penyampai/ presentor seminar ialah Tuan Afyan bin Mat Rawi. *masyaAllah skemanya ayat kan*. Sebenarnya ada lagi tips yang beliau kongsi, tips beli rumah, tips beli kereta. In case nak tahu, tanya je okeh.

Sehingga  bertemu lagi. Selamat merancang kewangan. 

Tuesday 4 March 2014

H401

Rindu Tqah, Mas, Mun, Meema, Sna.

Aku tak pernah punya sebab untuk rindu.
Hanya kerana hati rasa rindu.

Rindu saat dan ketika makan bersama, roti tuna Mun, air milo Sna, koko crunch Tqah.
Rindu saat dengar alarm mun berbunyi nyaring tapi tuannya tak bangkit-bangkit juga,
Rindu nak dengar Sna bersuara dengan suara halusnya,
Rindu dengan nada ceria Mas bercerita dengan koleksi ikannya,
Rindu nak jeles dengan meema yg asyik balik rumah, rak meema untuk letak koleksi makann kami berlima.
Rindu saat kejut bangun subuh sama-sama.
Rindu nak dengar Sna ngan Tqah bergosip pasal kpopnya,
Rindu nak gosip ngan Tqah pasal Hlovate,
Rindu nak dengar ayat hari-hari mun, 'takde orang nak mesej aku ke? '
Rindu suara riuh bergelak ketawa bila Sna nakal p text Mun setiap kali Mun tanya soalan tu.
Rindu nak tengok pagi-pagi Mun dah bangkit awal study dengan tekunnya,
Rindu nak keluar sama-sama, makan big apple sama-sama,
Rindu nak dengar ada orang lepas makan big apple akan kata, habes laa lepas ni kena diet laa, kena jogging laa. Tp makannya banyak juga.

Ah, sejujurnya lebih merindukan senyum-senyum kamu semua.

Enough said.
Moga Allah jaga kalian. ♥

P/s; Tqah, nah. Haritu rq kan? Hehe. Tapi sy pnye memori kureng, lau ade nak tambah apa, cakap je. Nanti kite edit. Hihihi :3

Saturday 18 January 2014

secebis kenangan


Kicau burung terdengar di sana sini. Kicauan mereka seolah-olah saling berbicara sesama sendiri. Di sana memanggil, di sini menyahut. Di sana bertanya, di sini sedia dengan jawapannya. Indah, damai, itu yang dirasakan Najjah ketika ini. Dia asyik berteleku di hadapan tasik bersama  Izni sambil menikmati dinginnya angin pagi. Tadabbur alam katanya Izni. Semalam, Izni yang mengajaknya jogging ke Bukit Ekspo. Katanya dia rindu, sudah lama tidak meluangkan masa bersama-sama. Maklumlah, kekangan masa yang ada tambahan pula mereka bukanlah mengambil kos yang sama. Jadi, waktu untuk bersama itu agak terbatas.  

Izni, sahabat yang Allah izinkan untuk hadir dalam hidupnya. Ya, sahabat. Sahabat pada dia besar pengertiannya. Sahabat tak sama seperti kawan, lain tak macam rakan. Sahabat, dia yang sentiasa tahu tanpa perlu kau bicara. Dia yang sentiasa ceria dan menceriakan. Dia yang sentiasa faham apa yang kau perlukan. Tak semua orang boleh jadi sahabat, tak semua orang sanggup untuk menjadi sahabat. Tak perlu tengok contoh jauh-jauh pun, tengok sahaja contoh Nabi dengan sahabat-sahabat baginda. Indah bukan ukhuwwah yang disemadikan? Mereka bersatu dalam kata, berjuang dalam cinta. Subhanallah.

Bagi Najjah, nikmat sahabat adalah antara nikmat terbesar dari yang Maha Pemurah untuknya. Tanpa sahabat, pastilah dia terkapai-kapai di negeri orang. Jauh dari pandangan keluarga membolehkan pelbagai perkara berlaku. Dia masih bersyukur kerana Allah menakdirkan begitu untuknya. Allah takdirkan dia berada dalam suasana yang positif dan terjaga sedari dia di pusat asasi lagi. Dia ditempatkan bersama roommate yang baik, yang rajin belajar, yang tidak membuang masa keluar kota di hujung minggu. Allah tambah lagi nikmat itu apabila Allah pertemukan dia dengan kak Asma’. Teringatkan semua itu, dia tersenyum sendiri.

“ eh, apa senyum sorang-sorang ni?” sergah Izni.

“ Astaghfirullahal’azim. Ish awak ni. Terkejut kite. Biarlah kite nak berangan…” sela Najjah manja.

“ amboi, kemain berangan sekarang. Berangan ingatkan sape?”

“ haha. Awak rasa?”

“ hmmmm, takkan berangan ingatkan aku lak, aku dah kat tepi ko ni”

“ eh, perasan lah dia ni. Kite ingat zaman-zaman kita asasi dulu lah. rindu pulak tetiba”

Terdengar Izni menarik nafas panjang. Pasti momen-momen bersama kawan-kawan semasa asasi dulu menjengah di benaknya ketika itu. Zaman asasi, siapa yang tak rindu. Zaman semua gigih belajar, tapi ikatan persahabatan tu kuat. zaman semua orang dikerah setiap petang jumaat untuk ke ladang. Ingat tak penat ke pergi ladang fertigasi sana jalan kaki? Nasib baik pergi ramai-ramai, jadi penatnya kurang terasa. Zaman mengumpul merit. Najjah ingat lagi penat je dia kumpul merit banyak-banyak, kesudahannya masuk degree, dia still kena pindah kolej. Hambar. Zaman keanak-anakan di universiti. Ah, rindu. Semua tu dah tak ada sekarang, zaman asasi tu dah berlalu.

“ eh, awak berangan apa pulak ni?”

“ ish dia ni. Ko lah, tak pasal-pasal aku ingat balik kisah-kisah lama”

“ haha, tak yah kisah-kisah lama sangat lah. jom balik, dah nak panas ni. Nanti hitam kite, susah lak awak”.Usik Najjah.

“ eh, asal lak aku nak susah? dah-dah jom. Ko belanja aku sarap eh..” 
_____________________________________________________________________________

Kenangan. Sekali ia menjengah, ia menjemput senyuman. :)


Yang merindu,





Sederhana


Salam alaik,

Bismillah.

Setiap orang punyai pandangan yang berbeza tentang sesuatu kan? Mungkin serupa, tapi tak sama. Setiap orang menilai, menilik, mentafsir mengikut rasionalnya sesuatu perkara. Namun, ketidaksamaan itu indah, kerana setiap yang berbeza itu akan melengkapkan, malah mungkin menyempurnakan.

Berbalik kepada tajuk, setiap orang mungkin ada pandangan sendiri. Bagi saya, sederhana itu cukup-cukup, pertengahan, tidak kurang tidak lebih. Sederhana itu santun, maka yang besederhana itu penyantun. Sederhana dalam makan contohnya, makan sekadar memenuhi keperluan perut, makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Kita tahu bukan, makan secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Terlebih gula sikit, kencing manis. Terlebih garam sikit, boleh jadi darah tinggi. Namun, jika terkurang kalsium, akan kena osteoporosis bukan? Sedang Allah telah berfirman,” ….makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan. [7;31].

ok, cuba bayangkan kita tengah lihat orang yang sedang solat. Tapi, dia solat laju-laju, cepat-cepat. Pernah tengok ayam patuk makanan tak? Ha, lebih kurang macam tu lah. mungkin masa tu kita fikir, eh, dia ni kejar apa? Kejar masa mungkin. Sekarang letakkan kita pulak ditempat mereka. Angkat takbir, rukuk sujud bangun rukuk sujud, tetiba assalamualaikum. Tak rasa macam, ‘eh dah habes solat’. Tak rasa eh? saya je lah kot yang rasa macam tu. Nak cakapnya feeling tu takde, hadaf solat tu tak sampai. Kita solat bukan untuk rutin sebagai muslim semata-mata kan? Kita solat sebagai tanda kita bersyukur, tanda kita kasih, cinta kepada Dia kan? Kalau kasih dan cinta tu tak sampai, macam mana ia akan dibalas?

Tu baru orang solat, cuba dengar orang yang bace Quran laju giler. Mungkin lah tajwid ada, makhraj kena, tapi feeling tu. Feeling tu takde. Kita yang dengar pun rasa macam hurmmmm. Tak tahu nak kata apa. Macam saya lah, dulu sebelum tahu tadabbur Quran tu apa, baca Quran suka hati je, macam kereta api. Alhamdulillah, bila Allah temukan saya dengan orang baik-baik, barulah tahu cara bacaan Quran yang betul, yang tartil. Ustaz pernah pesan, baca Quran jangan laju. Hayati setiap huruf dalam Quran tu. Tu kan mukjizat, tak ke kita perlu rasa teruja? Dah baca tartil, kalau kita tambah dengan tadabbur, masyaAllah, awesome!

Kalau dalam bab bercakap pulak, intonasi suara, gaya bahasa, susunan kata, kita yang tentukan bukan? Kita bebas pilih macam mana cara kita nak bercakap. Si A dengan gaya bahasa yang cantik, lembut bunyinya, jarang memuji, benci mengeji. Si B, cakap kejap kasar kejap lembut, main cakap je, suka memuji, suka juga memerli. Mana lagi kita selesa nak berkawan? Mestilah yang A kan? Lainlah kalau kita sama jenis je dengan si B. cara kita ketawa.  Berde ‘kah, kah kah’ kah? atau hihihi? Haha. Rasulullah pun kalau ketawa, hanya senyum je tau. Sopan tak baginda? Sopan kan? Kita kalau perempuan ketawa mengalahkan lelaki, malulah. Seganlah. Sedang Allah jadikan perempuan tu penuh dengan sifat lemah lembut bukan? Senyum :)

Besederhana dalam pemakaian. Wanita Muslimah, Allah larang untuk bertabarruj. Sebab apa? Sebab kecantikan seorang wanita itu hanya untuk yang halal sahaja, suami dan keluarga. Sebab wanita itu hiasan dunia. Dan kita tahu sebaik baik hiasan ialah wanita solehah. Tak salah nak nampak cantik, tapi kita aplikasikanlah konsep sederhana tu di sini. Make up tak perlu tebal-tebal, perfume tak perlu nak semerbak sampai semeter baunya. Tak susah kan? [Haha. Untuk saya yang selekeh memang tak susah. ]

Konklusinya, dalam semua perkara lah kita perlu besederhana. Nak menyampaikan pun, tak boleh panjang-panjang. Nanti orang bosan. Sikit-sikit asal konsisten. insyaAllah. ;)

Sehingga menulis lagi. Selamat besederhana dalam segala-galanya.

Wednesday 8 January 2014

TOF 2013 2.0



Paradise guaranteed.

Salam alaik,

Syurga. Sebut je syurga apa yang anda semua bayangkan? Kalau saya, saya nampak warna biru. Mungkin sebab biru sinonim dengan ketenangan kot, sebab tu nampak warna biru. Haha.

Bismillah.

Satu perkongsian yang sangat dalam, sebab ia membicarakan tentang pengakhiran kita di alam sana. Satu alam di mana kita sebagai muslim yang mempunyai keimanan mahupun keyakinan, kita terikat dengan akhirat. Apa apa yang kita buat di dunia ini, hasilnya kita akan tuai di akhirat sana.

Diceritakan bahawa pada saat sakaratul maut kita, Allah akan tunjuk tempat kita di sana, syurga atau neraka. Cuak tak cuak, kita semak lah balik kan amal kita. Allahu. Moga kita semua berakhir dengan pengakhiran yang baik. Amiin.

Di sini ada 7 tips yang dikongsikan oleh syeikh presenter. InsyaAllah, selagi kita ada usaha, Dia permudahkan. 

1. Beriman kepada Allah dan Rasul
2. Zikir
3. Ikhlas dalam setiap perkara
4. Jaga lidah/maruah
5. Taat kepada suami
6. Buat umrah dalam bulan haji
7. Gembirakan Muslim yang lain

Beriman kepada Allah dan Rasul
 Selagi kita berpegang teguh dengan ajaran Islam, taat kepada Allah dan Rasul, insyaAllah kita dapat syurgaNya. Siapa lagi yang nak bagi kita masuk syurga, kalau bukan Allah? Syafaat siapa lagi yang kita nak tagih saat satu kaki dah melangkah ke neraka kalau bukan syafaat Rasulullah?

Zikir
Point yang diberikan oleh presenter ialah ‘always remember Allah’, tapi mudahnya saya terjemahkan kepada zikir. Allah berfirman, ingatlah Aku di saat senang, Aku akan ingat kamu di saat susahmu. Jangan  hanya apabila terhimpit dengan bebanan, barulah  kita kenal  Allah. Bila kita senang, kaya raya dengan harta yang melimpah, mewah dengan gelak tawa kawan-kawan, kita tak kenal pun Allah. Jangan kata nak solat, orang-orang miskin pun kita perlekehkan. Astaghfirullah.

Ikhlas dalam setiap perkara
Ikhlas. Seperti semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam. Tak nampak kan? Apa maknanya kita ikhlas? Kita buat sesuatu perkara tu tanpa mengharapkan balasan kerana orang yang ikhlas tu, tak mengharapkan balasan daripada sesiapa pun selain daripada Allah. Ikhlas itu letak pada hati, dan hati juga lah yang akan rasa ikhlas tu kembali. Mohon faham sendiri.

Jaga lidah dan maruah.
Lidah merujuk kepada percakapan, perkataan, mahupun bahasa yang kita gunakan. Sedang maruah itu merujuk kepada sifat malunya kita. 

macam mana kita nak jaga lidah? Senang je, diam. Haha. Ok contoh, macam mana kita nak jauhkan diri kita daripada sifat mengumpat? Jangan duduk dengan si pengumpat. Kalau agak-agak kawan kita bukak topic nak mengata orang, mintak diri beredar daripada kelompok tu. Satu lagi, sedarlah diri sikit. Nak mengata orang, kita takde aib ke? O.O.

Ok, macam mana nak jaga lidah supaya tak mencarut? Cuba sehari dua duduk dengan orang baik giler, setiap perkataan keluar dari mulut dia puji-pujian kepada Allah semata. Mesti kita malu segan kan kalau kita duk mencarut depan dia. nak lagi berkesan, duduklah selama lamanya. Jadikan mereka yang baik-baik perkataannya itu sahabat kita. insyaAllah.

Gembirakan Muslim yang lain
‘There’s no reward for the one who make Muslim happy except Jannah’

wallahu'alam. sehingga menulis lagi