Salam alaik,
Bismillah.
Setiap orang punyai pandangan yang berbeza tentang sesuatu
kan? Mungkin serupa, tapi tak sama. Setiap orang menilai, menilik, mentafsir
mengikut rasionalnya sesuatu perkara. Namun, ketidaksamaan itu indah, kerana setiap
yang berbeza itu akan melengkapkan, malah mungkin menyempurnakan.
Berbalik kepada tajuk, setiap orang mungkin ada pandangan
sendiri. Bagi saya, sederhana itu cukup-cukup, pertengahan, tidak kurang tidak
lebih. Sederhana itu santun, maka yang besederhana itu penyantun. Sederhana
dalam makan contohnya, makan sekadar memenuhi keperluan perut, makan apabila
lapar, berhenti sebelum kenyang. Kita tahu bukan, makan secara berlebihan akan
memudaratkan kesihatan. Terlebih gula sikit, kencing manis. Terlebih garam
sikit, boleh jadi darah tinggi. Namun, jika terkurang kalsium, akan kena
osteoporosis bukan? Sedang Allah telah berfirman,” ….makan dan minumlah, tetapi
jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.
[7;31].
ok, cuba bayangkan kita tengah lihat orang yang sedang
solat. Tapi, dia solat laju-laju, cepat-cepat. Pernah tengok ayam patuk makanan
tak? Ha, lebih kurang macam tu lah. mungkin masa tu kita fikir, eh, dia ni
kejar apa? Kejar masa mungkin. Sekarang letakkan kita pulak ditempat mereka.
Angkat takbir, rukuk sujud bangun rukuk sujud, tetiba assalamualaikum. Tak rasa
macam, ‘eh dah habes solat’. Tak rasa eh? saya je lah kot yang rasa macam tu.
Nak cakapnya feeling tu takde, hadaf solat tu tak sampai. Kita solat bukan untuk
rutin sebagai muslim semata-mata kan? Kita solat sebagai tanda kita bersyukur,
tanda kita kasih, cinta kepada Dia kan? Kalau kasih dan cinta tu tak sampai,
macam mana ia akan dibalas?
Tu baru orang solat, cuba dengar orang yang bace Quran laju
giler. Mungkin lah tajwid ada, makhraj kena, tapi feeling tu. Feeling tu takde.
Kita yang dengar pun rasa macam hurmmmm. Tak tahu nak kata apa. Macam saya lah,
dulu sebelum tahu tadabbur Quran tu apa, baca Quran suka hati je, macam kereta
api. Alhamdulillah, bila Allah temukan saya dengan orang baik-baik, barulah
tahu cara bacaan Quran yang betul, yang tartil. Ustaz pernah pesan, baca Quran
jangan laju. Hayati setiap huruf dalam Quran tu. Tu kan mukjizat, tak ke kita
perlu rasa teruja? Dah baca tartil, kalau kita tambah dengan tadabbur,
masyaAllah, awesome!
Kalau dalam bab bercakap pulak, intonasi suara, gaya bahasa,
susunan kata, kita yang tentukan bukan? Kita bebas pilih macam mana cara kita
nak bercakap. Si A dengan gaya bahasa yang cantik, lembut bunyinya, jarang
memuji, benci mengeji. Si B, cakap kejap kasar kejap lembut, main cakap je,
suka memuji, suka juga memerli. Mana lagi kita selesa nak berkawan? Mestilah
yang A kan? Lainlah kalau kita sama jenis je dengan si B. cara kita ketawa. Berde ‘kah, kah kah’ kah? atau hihihi? Haha.
Rasulullah pun kalau ketawa, hanya senyum je tau. Sopan tak baginda? Sopan kan?
Kita kalau perempuan ketawa mengalahkan lelaki, malulah. Seganlah. Sedang Allah
jadikan perempuan tu penuh dengan sifat lemah lembut bukan? Senyum :)
Besederhana dalam pemakaian. Wanita Muslimah, Allah larang
untuk bertabarruj. Sebab apa? Sebab kecantikan seorang wanita itu hanya untuk
yang halal sahaja, suami dan keluarga. Sebab wanita itu hiasan dunia. Dan kita
tahu sebaik baik hiasan ialah wanita solehah. Tak salah nak nampak cantik, tapi
kita aplikasikanlah konsep sederhana tu di sini. Make up tak perlu tebal-tebal,
perfume tak perlu nak semerbak sampai semeter baunya. Tak susah kan? [Haha.
Untuk saya yang selekeh memang tak susah. ]
Konklusinya, dalam semua perkara lah kita perlu besederhana.
Nak menyampaikan pun, tak boleh panjang-panjang. Nanti orang bosan. Sikit-sikit
asal konsisten. insyaAllah. ;)
Sehingga menulis lagi. Selamat besederhana dalam segala-galanya.
No comments:
Post a Comment