Monday 30 December 2013

TOF 2013 1.2



Get married or die fasting [workshop] – Syeikh Alaa Elsayed


Salam alaik.

Bismillah.

Perkongsian pada kali ini ialah berkaitan dengan perkahwinan. Getting married or die fasting. Berkahwin atau berpuasa sampai ajal, macam tu lah lebih kurang.

Dalam surah ar-rum;21, Allah berfirman,

“dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir”

Subhanallah, cantik kan ayat ni? Dalam ayat tersebut, kalau tengok kepada bahasa arabnya Allah kata “mawaddah wa rahmah”, bukan ‘mahabbah wa rahmah’. Kenapa? Sebab Muslim tidak berkahwin atas dasar cinta semata-mata. Apa yang perlu difikirkan ialah tujuan utama selepas perkahwinan. Jika rasa cinta itu makin hari makin kurang, maka robohlah satu ikatan perkahwinan. Nauzubillah.

Jangan jadikan perkahwinan itu satu adat semata mata, mahupun satu kebiasaan. Orang kahwin, kita pun nak. Kalau tak kahwin, orang cakap anak dara tua lah, tak laku lah. come on people, wake up. Bagaimana nak mendidik isteri, anak anak selepas perkahwinan, kita ada fikir tak? Bagaimana kita nak pastikan rumahtangga kita kekal dalam keredhaan Allah? Semua itu tanggungjawab bukan?

Ok, jom bergerak kepada ciri ciri pasangan. Clearly, Allah menceritakan dalam Quran bagaimana nak memilih pasangan. Kalau nak pilih brothers, kita rujuk kisah nabi Musa.  Dua ciri untuk sister kalau nak cari brother, ialah ‘qowiyyun amin’. Kuat dan dipercayai. Kuat maksudnya bukan kuat fizikal semata mata, kuat physically, mentally and spiritually. Sape yang tak nak kalau brother tu dah baik, beriman lagi. Kan, kan?

Untuk sisters, 4 tali ukur yang sudah biasa kita dengar. Kahwinilah wanita itu atas 4 perkara, kecantikan, harta, keturunan dan agama. Jika kamu memilih yang beragama, nescaya kamu akan bahagia. Zaman sekarang ramai yang melihat pada wajah, tetapi kurang kenal ‘wajah sebenar’ di sebalik wajah. Cuba bayangkan, orang nampak kita kahwin dengan ratu, tapi sebenarnya hantu.[macam buruk je analogi ni]. Haha. Sisters pun, tak salah kan kalau kita pupuk peribadi yang lemah lembut, sopan santun? Tak suka eh nampak cantik? Kena ingat, innallahajamil, wayuhibbuljamal. Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. So, jom jom sama sama kita belajar jadi cantik luar dan dalam. Senyum :)

Dalam masa yang sama, jangan lupa topup ilmu agama sis, sebab kita wanita ada peranan yang besar dalam rumahtangga. Kalau diikutkan, wanita besar peranannya dalam mendidik anak. Kita nak bina ummah yang sihat kan? Pernah dengar tak orang kata kalau nak anak soleh dan solehah, bukan bermula daripada dia kecik, tapi akar utamanya ialah daripada memilih isteri yang baik. Sebab insyaAllah, isteri solehah akan menitik beratkan semuanya. Subhanallah, ni lah yang Allah kata rahmah. :)


Ok, dah Nampak masa depan dah? Atau dah terbayang-bayang calon pilihan hati? Ok, gurau. So, let’s move on kepada step-step merancang perkahwinan.


  1.   Istisyarah (consultation) 
  2.   Istikharah
  3. tanda tanda istikharah
  4. tawakkal

 
Istisyarah. Maknanya perbicangan. Tanya atau bincang pasal si dia dengan famili dia ke, dan orang orang yang dipercayai. Jangan bincang dengan orang yang ada niat tak baik dengan kita.

Istikharah, dah bincang dengan manusia, maka beristikharahlah. Minta dengan Allah. Sebab apa yang manusia tak tahu, Allah Maha Tahu kan? Dan kita tahu, petunjuk kepada istikharah tidak semestinya mimpi.

Tanda tanda istikharah. Kalau dah dapat mimpi ke, atau Allah dan cenderungkan hati kepadanya ke, atau rasa x selesa, ikutlah petunjuk tu. Syeikh tu kata, do not go against istikharah, sebab itu jawapan dari Allah kan?

Lastly, tawakkal. Faiza ‘azamta fatawakkal ‘alallah. Setelah kamu berazam, maka bertawakkallah pada Allah. Dah ada azam dan usaha, letakkan semuanya pada Allah. Moga-moga Dia mudahkan segala urusan.

Eh, belum habes lagi. ;]

Ada tiga kategori pasangan. Pertama father and mother figure, child figure and father and mother/child figure. Kategori pertama jenis yang suka memberi, memujuk. Payah kalau pasangan kategori ni, dua dua saling memberi, so xde siapa nak menerima. Kategori kedua jenis yang nak dia je betul. Kalau bercakap, bercakap pasal diri dia je. yang ni lagi sesak, 24 jam duk bertekak kot. Kategori ketiga adalah kombinasi yang paling cantik, they give and take. So, kalau boleh cari dan jadilah yang the third figure tu ya.

ok done, Alhamdulillah.

Sehingga menulis lagi. 

3 comments:

  1. "Kalau nak pilih brothers, kita rujuk kisah nabi Musa."

    kisah yang mane ye?

    ReplyDelete
  2. Surah al Qasas. Surah 28 ayat 23-28

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh, tak nampak kaitan pun..point tu nampak berkaitan dgn pemilihan pekerja je..tapi takpe, mungkin isi tersirat

      Delete