Monday 30 December 2013

TOF 2013 1.1



The sunnah the better – Sheikh Alaa Elsayed

Topik pertama dalam konferens ini, the sunnah the better. Sama macam temanya kan?

Bismillah.

Rasulullah, satu nama agung yang banyak berjasa kepada kita, Muslim. Diceritakan bahawa di akhirat nanti, Rasulullah akan kenal umat-umatnya melalui cahaya yang terpancar daripada anggota wudhuk. Pada hari itu, Allah berfirman, adakah kau tahu ya Muhammad apa yang ummat ummatmu lakukan setelah engkau tiada? Nanges.

Bagaimana kita dalam kehidupan seharian kita, kita ingat tak baginda? kita laksanakan atau tidak sunnah-sunnahnya? Kita amalkan ke apa yang baginda wariskan kepada kita? rasa rasalah, layak ke kita nak declare yang kita ni ummat nabi? Dan agaknya lah, kalau nabi ada dengan kita sekarang, baginda akan declare ke kita ni sebagai muslim?

Kita, manusia sering lupa kan? Kita tahu Allah itu tuhan, tapi kita tak beriman selayaknya. Kita tahu Nabi Muhammad itu rasul, tapi kita tak ikut sepenuhnya apa yang dia ajar, sunnah sunnahnya. Kita tahu syaitan itu musuh, tapi kita ambil dia sebagai kawan. Kita tahu mati itu pasti, tapi kita tak bersedia untuknya. Kita tahu syurga itu ada, tapi kita tak berusaha untuk mendekat. Kita tahu neraka itu benar wujud, tapi ada ke usaha kita untuk menjauh?

So, if we know the things are sunnah, just do it. Do not delay. Follow the quran and the sunnah because the key to love Allah is to follow the sunnah. Tak percaya, jom cek surah al-imran, ayat 31.

katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampunan lagi Maha Mengasihani”

tak susah pun, kalau kita yang tidak merumitkan. Bangun pagi, kalau Allah bagi kekuatan, tahajjudlah. Solat sunat dua rakaat sebelum subuh. Ma’thurat? Tak boleh baca pagi, petang boleh lagi kan? Solat dhuha, sekali buat kalau berterusan, insyaAllah kita sayang nak tinggalkan. Senyum. Bukan ke kalau senyum kita nampak lagi manis? Ahaa. Jadi senyumlah. Orang suka, hati pun berbunga. Allah? lagi lah Allah suka.

“There is no reward for those who make Muslims happy except Jannah”

Sehingga menulis lagi.

Love,


No comments:

Post a Comment