Sunday, 15 March 2015

Seminar merancang kewangan


Bismillah

Moga sentiasa dalam kesihatan iman, emosi dan tubuh badan.

Alhamdulillah. Pertama sekali nak panjatkan rasa syukur pada Allah sebab dalam masa dua tiga hari ni, kerap benar Allah hantar peringatan. Tarbiyah lebih tepat mungkin. Terasa sangat dengan apa yang Allah hantarkan tu.

Sebenarnya tadi baru je join satu seminar. Seminar merancang kewangan. Tak pernah terfikir pun nak hadir ke seminar-seminar semacam ni, ni pun abang yang sponsor yuran. Kebetulan pulak harini ada program dengan adik-adik, tapi entah macam mana, Allah izinkan untuk ke seminar tu jugak. (Mungkin sebab Allah lebih tahu saya memang patut dengar apa isi seminar tu). Well, Alhamdulillah dapat la sedikit sebanyak tips pasal kewangan.

So, sebelum terlupa nak jugak berkongsi serba sedikit.

Perkara pertama yang ditanya ialah bagaimana kita menilai rezeki kita? Adakah kita hanya menyempitkan rezeki kita kepada harta semata-mata. Tentulah tidak bukan? Rezeki tu banyak lagi cabangnya. Kesihatan yang baik, masa yang bermanfaat, jodoh yang soleh, anak-anak penyejuk mata, sahabat yang sentiasa mengingatkan, keberkatan ilmu, semua itu rezeki bukan? Kadang-kadang kita salah sebab kita hanya menyempitkan rezeki kepada wang semata-mata. Sebab tu bila xde duit sikit kita dah mula susah hati. Nauzubillah.

Ok, apa matlamat kewangan kita?

Setiap orang mesti ada kan? Ni saya kongsikan apa yang saya dapat. Matlamat kewangan tu boleh jadi
        1.       Selesaikan hutang
        2.       Rancang persaraan
        3.       Rancang pelaburan
        4.       Kumpul duit untuk kahwin
        5.       Tunaikan haji

Sebelum kita nak capai matlamat kita, perlu kita sedar di mana kita berada sekarang. Sebab tu perlunya ada cashflow dan juga network. Bahasa mudah cashflow tu bajet harian, network tu pulak penyata nilai bersih. Yang ni tak nak huraikan panjang sangat sebab bukan bidang. Mungkin boleh rujuk orang yang lebih pakar.

Wang tidak boleh beli bahagia
Bahagia itu subjektif. Setuju? Terpulang, setiap orang ada pendirian masing-masing. Tetapi perlu diingat bahawa kita boleh menggunakan wang itu untuk mencapai bahagia. Kena la kreatif sikit. Tak da duit, baju calaqisya pun tak dapat. 

Harta tak boleh masuk kubur pun
Sape kata harta tak boleh masuk kubur? Secara realitinya memang la tak kan. Kita semua tahu bukan bilamana matinya seorang anak adam itu, semua amalnya akan terputus kecuali tiga perkara. Satu, sedekah jariah, kedua ilmu yang bermanfaat dan yang ketiga doa anak yang soleh. Tak salah rasanya dari sekarang kita didik diri kita untuk bersedekah. Sedekah lepas dah, zakat jangan pulak kita abaikan.

Ok, rasa macam panjang pulak entry ni. final lah, saya share tips menyimpan ye.

     1.       Buat auto debit. Memang auto duit masuk dalam saving account la tiap kali dapat gaji
     2.       Transfer duit ke bank lain yang jauh dari tempat kita, yang tak ada kad atm. Perlu, sebab kalau    ada kad, senang sangat duit nak keluar. Haha
     3.       Simpan dan lupa. Lama-lama beranak la dia. tapi simpan dalam bank tau, baru ada compounding katanya.

Oh, tak cakap pulak kan. Penyampai/ presentor seminar ialah Tuan Afyan bin Mat Rawi. *masyaAllah skemanya ayat kan*. Sebenarnya ada lagi tips yang beliau kongsi, tips beli rumah, tips beli kereta. In case nak tahu, tanya je okeh.

Sehingga  bertemu lagi. Selamat merancang kewangan. 

No comments:

Post a Comment