Saturday 18 January 2014

secebis kenangan


Kicau burung terdengar di sana sini. Kicauan mereka seolah-olah saling berbicara sesama sendiri. Di sana memanggil, di sini menyahut. Di sana bertanya, di sini sedia dengan jawapannya. Indah, damai, itu yang dirasakan Najjah ketika ini. Dia asyik berteleku di hadapan tasik bersama  Izni sambil menikmati dinginnya angin pagi. Tadabbur alam katanya Izni. Semalam, Izni yang mengajaknya jogging ke Bukit Ekspo. Katanya dia rindu, sudah lama tidak meluangkan masa bersama-sama. Maklumlah, kekangan masa yang ada tambahan pula mereka bukanlah mengambil kos yang sama. Jadi, waktu untuk bersama itu agak terbatas.  

Izni, sahabat yang Allah izinkan untuk hadir dalam hidupnya. Ya, sahabat. Sahabat pada dia besar pengertiannya. Sahabat tak sama seperti kawan, lain tak macam rakan. Sahabat, dia yang sentiasa tahu tanpa perlu kau bicara. Dia yang sentiasa ceria dan menceriakan. Dia yang sentiasa faham apa yang kau perlukan. Tak semua orang boleh jadi sahabat, tak semua orang sanggup untuk menjadi sahabat. Tak perlu tengok contoh jauh-jauh pun, tengok sahaja contoh Nabi dengan sahabat-sahabat baginda. Indah bukan ukhuwwah yang disemadikan? Mereka bersatu dalam kata, berjuang dalam cinta. Subhanallah.

Bagi Najjah, nikmat sahabat adalah antara nikmat terbesar dari yang Maha Pemurah untuknya. Tanpa sahabat, pastilah dia terkapai-kapai di negeri orang. Jauh dari pandangan keluarga membolehkan pelbagai perkara berlaku. Dia masih bersyukur kerana Allah menakdirkan begitu untuknya. Allah takdirkan dia berada dalam suasana yang positif dan terjaga sedari dia di pusat asasi lagi. Dia ditempatkan bersama roommate yang baik, yang rajin belajar, yang tidak membuang masa keluar kota di hujung minggu. Allah tambah lagi nikmat itu apabila Allah pertemukan dia dengan kak Asma’. Teringatkan semua itu, dia tersenyum sendiri.

“ eh, apa senyum sorang-sorang ni?” sergah Izni.

“ Astaghfirullahal’azim. Ish awak ni. Terkejut kite. Biarlah kite nak berangan…” sela Najjah manja.

“ amboi, kemain berangan sekarang. Berangan ingatkan sape?”

“ haha. Awak rasa?”

“ hmmmm, takkan berangan ingatkan aku lak, aku dah kat tepi ko ni”

“ eh, perasan lah dia ni. Kite ingat zaman-zaman kita asasi dulu lah. rindu pulak tetiba”

Terdengar Izni menarik nafas panjang. Pasti momen-momen bersama kawan-kawan semasa asasi dulu menjengah di benaknya ketika itu. Zaman asasi, siapa yang tak rindu. Zaman semua gigih belajar, tapi ikatan persahabatan tu kuat. zaman semua orang dikerah setiap petang jumaat untuk ke ladang. Ingat tak penat ke pergi ladang fertigasi sana jalan kaki? Nasib baik pergi ramai-ramai, jadi penatnya kurang terasa. Zaman mengumpul merit. Najjah ingat lagi penat je dia kumpul merit banyak-banyak, kesudahannya masuk degree, dia still kena pindah kolej. Hambar. Zaman keanak-anakan di universiti. Ah, rindu. Semua tu dah tak ada sekarang, zaman asasi tu dah berlalu.

“ eh, awak berangan apa pulak ni?”

“ ish dia ni. Ko lah, tak pasal-pasal aku ingat balik kisah-kisah lama”

“ haha, tak yah kisah-kisah lama sangat lah. jom balik, dah nak panas ni. Nanti hitam kite, susah lak awak”.Usik Najjah.

“ eh, asal lak aku nak susah? dah-dah jom. Ko belanja aku sarap eh..” 
_____________________________________________________________________________

Kenangan. Sekali ia menjengah, ia menjemput senyuman. :)


Yang merindu,





1 comment:

  1. assalamualaikum si manis.
    new entry pleaseeeeeeee. :3

    Yang lagi kangen,

    ReplyDelete