Wednesday 26 December 2012

Ukhuwah Fillah





Bersua mata kita dengan senyum penuh makna
Bertemu kita kerana satu nama
Tapi kita belum tahu ke mana arah tuju pertemuan kita
Kerana Dia maha menentukan segala,
Kita merancang, Dia pun merancang,
Tapi jangan lupa hanya Dia yang layak menentukan.

Satu saat ketika bibit-bibit mesra makin mekar,
Aku seakan lupa untuk apa kita dipertemukan
Mungkin leka dengan dunia,
Mungkin juga terlalu asyik bergelak ketawa,
Dia menegur penuh setia,
Supaya kita tak lalai asyik dengan dunia,
Kerana kita juga tau akhirat masih ada,
Untuk dihitung amal perbuatan kita.

Tapi, pernahkan kau terfikir sahabat?
Bahawa seorang sahabat itu cerminan bagi diri kita,
Jika kau begitu aku pun begitu
Bukan hanya saat kau sedih, aku turut menangis
Bukan juga saat kau ketawa aku juga tersenyum bahagia
Tetapi bagiku kau cerminan segala-gala
Baik kau, insyaAllah baiklah aku.
Jahat kau buruklah aku.

Untuk itu sahabat,
Aku ingin kau sama-sama rasa apa yang aku rasa,
Kau juga tahu payah untuk aku menyampaikan segala,
Ilmu pun cetek, cakap pun kadang-kadang merepek,
Tapi, satu sahaja ingin aku sampaikan
Percayalah, kita takkan rugi selagi kita menjaga Dia
Bagaimana menjaga?
Taatlah segala suruhanNya, tinggallah segala perkara yg membawa
kepada kemurkaanNya.

Kau tahu sahabat?
Sahabat yang baik pun akan bermusuhan di akhirat
Kerana apa?
Kerana yang baik tidak pernah berusaha mengajak yang tak berapa baik
ke arah kebaikan,
yang baik tidak pernah rasa perlunya ukhuwah kerana Dia,
aku tidak menginginkan itu, tentu juga kamu
jesteru aku mengajak kamu membina ukhuwah kerana Dia
berkasih sayang kerana Dia,
membina kekuatan cinta juga kerana Dia semata.


2 comments:

  1. salam alaik. aiyooo melankoliknye...

    yg penting ikatan akidah. klu salah tegur, bukan bawak cerita kpd org lain... kan... bila ditegur buka hati krn Allah mhantar teguran itu melalui kawan kita supaya kita jd lg baik. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. hehe. sekali sekale cik nana.

    yup. point awak memang best. kena buka hati. :)

    ReplyDelete