Wednesday 26 December 2012

26 Disember 2012



Salam alaik.

Alhamdulillah, puji dan syukur selayaknya bagi Dia semata.

Dengan semangat baru yang berkobar selepas balik dari program HAMKA (Himpunan akbar mahasiswa kita) di Puncak Bogor, saya terasa sangat nak berkongsi dengan kalian apa yang saya rasakan. Kadang-kadang orang share secara lisan, face to face, tapi rasanya tak salah saya gunakan salah satu pendekatan ini untuk menyampaikan input yang saya dapat.

Bercakap pasal input, pernah dengar tak yang orang kata apa yang kita dapat sangat perlu kita sebarkan. Bila kita dapat sesuatu ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama orang lain, kita perlu sampaikan supaya ilmu itu tak terpendam hanya dalam diri kita sahaja. Tak guna kan? Cuba bayangkan kita dah letak dah tepung, telur, garam, bawang dan segala macam benda tuk buat cekodok, tapi at last kita tak goreng pun acuan tu. Jadi tak cekodok, sesuatu yang best tuk dimakan panas-panas? Mestilah tak kan? Macam tu juga ilmu. Tak ada nikmatnya.

Uniknya Allah ciptakan manusia tu. Kita perlu tahu yang manusia ni tak kan pernah tertarik kepada dua benda yang berbeza dalam satu masa. Ustazah Arpah kata, kalau tak jihad, jahat. Kalau tak Islam, jahiliyyah. We choose then.

Alhamdulillah fitrahnya Allah jadikan manusia itu beriman, tetapi ibu bapalah yang mencorak mereka sama ada menjadi Islam, Majusi mahupun Nasrani. Sebagai mereka yang lahir dalam keluarga Islam, setinggi syukur kita patut ucap pada Dia. Pernah terfikir tak, kalau kita tak lahir dalam keluarga Islam, kita nak terima ke agama tu? Sebab apa? Akhlak umat Islam sekarang tak menggambarkan langsung cara hidup Islam yang sebenar. Say, Alhamdulillah.

Dalam alQuran dikisahkan bagaimana syaitan itu menghasut Nabi Adam. Bagaimana dia meracun pemikiran nabi Adam supaya memakan buah dari pohon Khuld dengan janji-janji manisnya hingga akhirnya Nabi Adam sendiri pun terpedaya. Allah dah ingatkan sebelum tu kat Nabi Adam, makanlah apa-apapun dari syurga ni tapi jangan dekati pohon itu. Sama lah macam kita, berapa kali pun kita diberi peringatan, jangan buat itu buat ini, tapi kita buat juga. alasannya? Kita tak kuat melawan bisikan syaitan dan pujukan hawa nafsu kat dalam diri sendiri. [ kisah ini diceritakan dalam surah al-a’raf 11-22]

sebab itulah kita sangat-sangat disuruh supaya menjauhkan diri dari perkara-perkara lagha, supaya kita tidak terus terjerumus ke dalam perkara tersebut. Bila kita sibuk dengan kerja-kerja iman, kerja-kerja ibadah, insyaAllah kita takkan teringat dah nak buat benda yang sia-sia, contohnya tengok cerita korea. Krik krik.[ Dulu saya pun tengok]. Tapi bila difikir balik, what’re their contributions towards us? NO THING.

Ada seorang akhawat tanya, kita memang tak boleh tengok langsung ke cerita-cerita korea ni atau kita boleh memilih cerita macam mana kita nak tengok.? Nak tahu akak tu jawab apa? Hehe. Katanya, sekarang ni aim kita nak jadikan semua amalan kita itu sebagai ibadah. Ok, fine. Kalau kita boleh recite nama Allah dan niat nak tengok cerita korea itu keranaNya, go on. Silakan. Tapi, mampukah? Tak kan? Berbalik pada niat lah semua. Innamal a’ma lubinniyat. [ cerita ni valid untuk semua jenis hiburan, tak semestinya Korean drama semata-mata :)]

So, let’s make a move. Mari ubah cara hidup kita. islam tak perlukan kita, tapi kita yang memerlukan islam. Yakinlah dengan janjiNya bahawa islam akan naik juga satu hari nanti. Takkan lah kita tak nak masuk dalam kelompok yang menaikkan islam. Nak tengok sahaja? Rugi kita.

Untuk berubah, banyak caranya. Tak kuat? Allah ada.

Dia menilai usaha, bukan semata-mata hasilnya kerana balik-balik Dialah yang menentukan hasil tersebut.

IZZAHlah dengan Islam yang ada pada dirimu, kerana Islam itulah tiketmu ke syurga.  

moga Allah bagi peluang untuk kita berkongsi lagi. :)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCuVe54lr19JYQHClDyocYc7HymMm_gp-h3Uf0gG1Nr-TldqBMXCGNJ7lHsiCm4ldiDSenzzXJUDhVObxa3P19mLlnSso87tGJtomRFUsJXPdb8hINlGGZXO2ZhsjvY99SxU3mNYwoxVJ2/s1600/thumbnail.jpg
sayonara jahiliyyah !

7 comments:

  1. trime kasih ye atas prkongsian..tp ade kwn ckp tgk cerita korea sbb nak blajar bahase inggeris dan crite tu je yg buat die smangat..n die ckp tahap kekuatan niat seseorang tu berbeza..camne ye nak cakap kat kwn kite ni

    ReplyDelete
  2. em, banyak lagi caranya nak belajar bahasa inggeris kan? dan satu lagi kenapa nak amek semangat dari cerita tu?

    tahap kekuatan niat berbeza maksudnya macam mana? tak berapa faham di situ.

    pernah dengar, niat tak menghalalkan cara? so, tengok balik lah arah tuju niat kita.

    ReplyDelete
  3. kawan saye cakap yg die mmg niat nak tgk crite korea tu sbb nak blajar..bkn utk berhibur..niat die mmg kuat utk belajar..'logic thinking' mmg susah nak disangkal kan?tapi point niat tak menghalalkan cara tu mmg best..insyaallah nnti kalau ade peluang saye diskus lg dgn kwn ni..semoge rajin menulis ye..n background telur ni mmg menarik :)

    ReplyDelete
  4. hmm, hebat kawan awak ni. MasyaAllah.

    tapi kan, logic thingking jugak, bila kita tengok dah acap kali, itu dikira hiburan lah kan? kita dah tertarik ngan benda tu maksudnya. mungkin, mungkin lah niat kita dah lari dah time tu.

    wallahu'alam. hati manusia kita tak tahu. tapi rasanya banyak cara lagi kita boleh belajar. sebab, bagi saya korean drama tu dah terang2 melalaikan, meMAKAN masa kita.

    we choose then :)

    ReplyDelete
  5. haha..mungkin saye sndiri pn kene baiki diri juga..lepas ni kene larikan diri dari hedonisme2 mcm maharaja lawak or hiburan lain yg melalaikan..bru la nasihat tu trkesan kat orang lain kot :)

    ReplyDelete
  6. semua orang rasanya tak terlepas daripada benda-benda macam tu. nak ke tak nak je berubah. tukar mindset.

    good point then. kita duk buat tapi nak suruh orang lain tinggalkan, tak betul jugak.

    tak payah lari pun tak pe, hehe. kita tak cari benda tu tak datang. mencegah lebih baik dari merawat kan.

    good luck!

    ReplyDelete
  7. oh, betul :) tringat cerita nenek..nenek pesan kalau tanak jumpe hantu, jgn borak2 ttg hantu..kita tak cari, bende tu tak datang..eh, ade kaitan ke?haha

    sayonara jahiliyyah!

    ReplyDelete