Friday, 4 November 2016

Tanya pada hati

Ada benda kita payah nak ungkapkan.
Hanya biar ia terdetik dalam hati.
tidak dihiraukan kata hati itu, 
lantas memilih untuk berdiam diri. 

Ada masa kita rasa kita perlu bersuara,
Bimbang diamnya kita tak mengharmonikan suasana.
Namun bila disuarakan, lain pula jadinya.
Haish, biasa lah manusia,
Allah cipta pelbagai ragam dan rupa.

Satu perkara yang perlu kita belajar, 
Sentiasa memandang positif setiap perkara.
 Tak boleh sikit, banyak-banyak pun tak pe.

Bukankah sangkaan kita itu juga doa? 
Yang hanya didengar oleh si pemakbul doa.

Allah tahu segala. 

No comments:

Post a Comment