Wednesday, 30 November 2016

Hamasah di mana.

Kadang tertanya,
Ke mana hilangnya hamasah yang dulu.
Apa ia hilang ditelan lemahnya iman,
Apa ia hilang kerana kurangnya munajat pada Tuhan.

Aku hidup bukan lagi untuk aku,
Tidak ku fikirkan bagaimana derita bahagianya aku di akhirat,
Tidak ku renungkan setiap amal yang ingin dibawa mati.

Lemah,
Terus lemah.
Walaupun ada tarbiyah tapi ia jelas tidak menhidupkan jiwa.
Bukanlah tarbiyah itu yang salah,
tetapi diri yang masih penuh dengan nafsu malas.

Aku kecewa,
Dengan diri sendiri.
Benarlah orang kata,
Mereka yang hidup untuk akhiratnya,
Akan bersungguh untuk dunianya.

Tapi tidak aku, sekarang.

No comments:

Post a Comment